Pembiakan Terrapene carolina carolina

Proses pembiakan bermula ketika penghujung musim bunga, musim panas, dan awal-awal bulan musim luruh. Namun proses bertelur bermula pada bulan Mei dan Jun atau ketika musim hujan. Selepas menemui pasangan mengawan, mereka akan melalui tiga fasa. Semasa proses penyuburan, kura-kura betina mula mencari kawasan untuk membina sarang yang sesuai. Pemilihan kawasan sarang sangat penting bagi pembentukan telur, terutamanya melibatkan suhu dan kehadiran pemangsa. Suhu mempengaruhi jantina anak kura-kura yang bakal lahir, kadar pertumbuhan, dan juga kesihatannya. Kura-kura betina menggunakan kaki belakang untuk mengorek tanah dan proses ini mengambil masa selama 2 hingga 6 jam. Telur yang telah dihasilkan kemudian ditanam dalam kedudukan tertentu. Bentuk telurnya bujur, 3 cm panjang, berwarna putih krim. Sarang kemudiannya ditutup dengan tanah, rumput atau daun.[6] Kura-kura betina boleh bertelur di mana-mana sahaja dengan satu atau lima kali penetasan sebanyak 1 hingga 9 biji setahun. Kura-kura betina menyimpan sperma jantan di bahagian oviduktusnya selama beberapa tahun sehingga keadaan mengizinkan ia bertelur. Proses pengeraman dipengaruhi oleh suhu dan proses penetasan bermula sama ada 50 ke 70 hari.[7][4]

Rujukan

WikiPedia: Terrapene carolina carolina http://www.bio.davidson.edu/people/midorcas/resear... http://herpcenter.ipfw.edu/index.htm?http://herpce... http://boxturtlesite.info/diet.html http://www.chelonia.org/articles/TerrapenecareSZ.h... http://www.cnah.org/pdf_files/851.pdf //doi.org/10.1656%2F045.021.0406 //doi.org/10.1674%2F0003-0031-165.1.137 //doi.org/10.2305%2FIUCN.UK.2011-1.RLTS.T21641A930... http://fossilworks.org/bridge.pl?a=taxonInfo&taxon... http://www.iucnredlist.org/details/21641/0